Last Forever ever...

Last Forever ever...

Sunday 14 June 2015

Genting Awana Resort, Genting Highland - Part 3

Hello!!!!

Nak sambung lg.....

Hari k-3..bangun tido..pergi breakfast....Tuan Puteri mengenal binatang-binatang patung sepanjang jalan ke cafe untuk breakfast..hehehehe


Selamat pagiii auntie..uncless


 Tengok..Tuan Puteri main conteng-conteng..heheheh



Nak pergi sarapan...

Ha yang ni mcm tk percaya..Encik Suami kan tk suka makan sayur..kenapa dia brekafast salad..What!!! heheheeh pandai dia physico aku..aku pun ambil salad juga..dah jadi kambing rasanya hehehehe...tp sedap salad mkn mcm ni sebenarnya..teringat masa zaman anak dara dulu..makn benda ni..tp knp dh kawin aku tak reti nk mkn salad malad nie... pelik nieh...

Kita kena ubah gaya hidupp....


okay..swimming timeee....

Don't worry semua..air kolam ni panas...tempat kanak-kanak suam-suam..jacuzzi untuk rog awam ni panas sikit...heaven..tapi bila naik lap lap badan...sejukkk ketarrr......

Naik atas bilik packing-packing...mandi semula..terus check out..

Bye bye Genting....nnti bila outdoor game dah buka kami dtg lagikkk.....


MUAHHH!!!!!

Genting Awana Resort, Genting Highland - Part 2

Okayyy...Hi!!! I dah balik lunchh!!! Jom continue pot pet pot pet...

The next day, what we planned is that we went to Bukit Tinggi. Huhuhhu since we didn't stay at Colmart Bukit Tinggi dan I plak dah jatuh hati nk tgk perkampungan Perancis tu ...gagah juga pergi hihihihi

Encik Suami layankan saja hehehe

Sebelum jalan..breakfast duluuu..... 

Perjalanan ke Bukit Tinggi daripada Genting lebih kurang 30 minit termasuk turun Gohtong Jaya dan naik ke Bukit Tinggi yang berbelit-belit..pusing kepala I tau..nasib baik Tuan Puteri tido dengkur hihihihi...

Pada mulanya kami nak pergi ke Colmart dulu tetapi..Encik Suami dah terlepas simpang..so kami ke Perkampungan Jepun dulu.

Perghhh!!!!!!!!!!!! mencungap hakakkkkk!!!!....peluh habis..ha baru jogging namanya ni...anak aku pun tk larat nak naik tangga dgn bukit bukau tu..heheheh mintak husband dukung hehehehe...Encik Suami dah biasa..dia steady jer... huh!! berlagak dengan aku sbb dia steady..huhuhuhu...SEDIHH heheheh tk per tk per..nnti I kurus lah hehehehehehe...

Sebenarnya byk gambar posing atas ni...tapi tipon aku rosakkkkkkk...mmm dah beli tipon baru...gambar tk der hilang..

Niat hati sebelum ke Bukit Tinggi nk pakai KIMONO dengan Tuan Puteri tapi bila naik atas adalah beberapa perempuan ala-ala badna mcm aku ni pakai...aduihh tk cantik plak aku nengok..membazir duit aku jer RM30 kang untuk satu KIMONO..heheheh dah la tu material x cantik..lagi cantik jubah moden yang aku pakai..hhahaha...perkampungan jepun ni tolonglah beli material kain yang berbaloi sikit aku tgk...barula org puas hati...

Then baru turun pergi dkt Colmart ..okay I belanja you alls gambar jer lah..x de benda nk ckp...hehehe






 Tuan Puteri mengada....abih air tumpah ..minum dkt Bakery....


Dekat Colmart tu ada mainan budak-budak..sekali naik RM2 utk 2-3 minit jer..huhhuhuhu...

Masa kitaorg sampai tu ada pertunjukan akrobatik...ok jugak..tp biasa jer..cuma susah la utk org mcm aku ni nak akrobatik kan heheehehehhee

Pukul 1.30 pagi kami bertolak ke Kuala Gandah..Encik Suami tukar percutian hehehe dia ckp jom tgk Gajah!!..hheeh aku cakap Okayyyyyy

Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Kuala Gandah lebih kurang 1 jam. 

Encik Suami pergi dekat kaunter..tk perlu bayaran apa-apa okay!! hehehehe free untuk warganegara Malaysia. Frankly, tempat ni memang awesome sesuai untuk Education dan juga tempat bersantai. Sebab tempat ni mcm tempat rekreasi. Cuma kita bermesra dgn Gajah.. Masa kami sampai show gajah dah habis.

Kami cuma dapat tengok anak gajah kena mandi dan beri makan gajah. Ouh yer, dkt kaunter diaorg akan tanya nk sticker apa..ada dua..warna merah melawat dan bagi makan dan warna hijau untuk mandikan anak gajah atau mak bapa atuk nenek gajah heeheheheh





Okay enough belanja gamabr...heheheheeh

Selepas pusing-pusing dan melepak dekat situ... Encik Suami ajak jalan-jalan pergi Mentakab dengan Temerloh. Hohohohoh kitaorg pusing Pahanggg..heeheheheh 

Berhenti sekejap dkt pekan Mentakab makan tghari....then pergi ke Mall Mentakab...beli makanan untuk malam. Sempat juga Tuan Puteri tarik baju sehelai dengan beberapa stokin. Aik! Ibu..ibu yang beli tau bukan Humaira yang tarik..heheheeh ok ok 

Setakat itu sahaja hari k-2...

Malam tu sampai hotel aku tido tk sedar diri sebab aku demam...tertido..tiba-tiba..Encik Suami kejutkan...yang yang..ayg demam ni..makan ubat ea.... masa tu rasa nk terjun katil heheeh baiknya encik suami..ambik air dgn ubat bg aku telan atas katil... Bila aku dah segar sikit dlm pukul 2 pagi..Encik Suami kata tk nak tremankan Humaira tido ke..nnti dia jatuh katil... heheeheh elehai mcm tk tahu tu..heheeh takut jangkit la tu..hehehehehehe

Apa pun kami 3 beranak letih giler hari tu...hehehe esok plan mandi kolam..bawa Tuan Puteri mandi kolam..hehehe

Byee

Genting Awana Resort- Genting Highland - Part 1

Hi hi...Assalammualaikum w.b.t.

hi everyone ! Good Morning!!

Semoga hari ni ceria-ceria selalu...

Ok memandangkan cuti sekolah telah pun berakhir, aku ingin share sedikit dengan percutian yang terancang kami sebulan yang lalu. Percutian yang huhuhuhu pada aku percutian yang penat, lapar tapi menyeronokkan jugalah.

Pada awalnya kami ingin menginap di Colmart Tropicale hotel tapi setelah dipertimbangkan dari banyak sudut dan sebagainya, aku batalkan penginapan di Colmart. Antara sebab-sebab aku membatalkan penginapan di sana adalah:-

1. Layanan pegawai pelanggan mereka sendiri failed especially bila aku katakan aku hendak celebrate anniversary kami yang ke -3  jadi kami inginkan bilik yang lebih baik pemandangannya dengan deco yang menarik; Jawapan adalah: subject to availability. Padahal aku booked untk 4 hari 3 malam. Sepatutnya bagilah priority. Tak kisahlah saya banyak songel atau tak sepanjang booking tu kan kan kan...dah bayar mahal mahal kan. 

2. Tempat makan terhad. Makanan yang penyediaannya halal dan ingredients yang halal hanya di main kitchen dan bakery sahaja

3. Jalan yang berbeli-belit mcm ular sawa dan penyelenggaraan jalan yang tk berapa bagus

4. Makanan mahal. Giler apa sekali mkn beratus ringgit (baca blog org lain)

Itu sahaja kot. Kikikiki. So tukar percutian ke Awana Genting Resort.

5 hari sebelum tu aku telah book Iluminate show. heheheh Kenapa beli tiket ni sebab dkt Genting skrg ni tk best sbb outdoor game sedang renovate okay.

Pagi tu kami merangkak ke Genting Highland dalam pukul 11 pagi. Hasil daripada siasatan yang dilakukan hehehehe baca blog org makanan mahal dkt Genting so malam sebelum bertolak tu aku rebus ketupat dan buat kuah kacang. So pagi bertolak aku cuma masak ayam masak merah dengan ayam kicap untuk Tuan Puteri.

Settle semuanya barulah pergi ke Genting. Sebelum sampai Genting kami singgah dahulu ke PPUM lawat biras aku yang sedang sakit. Operation penukaran injap jantung. 

Aku nak letak gambar lawatan tetapi demi menjaga aurat biras..saya cancel. hehehehe..tak baik org dalam keadaan sakit kita masukkan gambar. Melanggar etika adab-adab melawat pesakit.

Dalam jam 2 petang kami terus bertolak ke Genting. Walaupun perjalanan tak jauh tetapi kenapa yer sampai lambat, Ntahlah. Dahla show pukul 4 petang.


Cengginilah rupa hotel tu kalau dari jauh. Rasa teruja juga bila sampaikan. Aku beli bilik melalui booking.com dengan harga RM158 satu malam. Untuk 3 hari 2 malam RM370 termasuk GST. Mana service tax? kikiki ha ni istimewa sikit ...ni bukan sbb dah ada enforcement GST tak bermakna hotel tak boleh ambil service tax...sebab diaorg kan provide service kan.... sebab memang TIDAK ADA service pun...huhuhuh tk der ROOM SERVICE. Means kalau nak melantak kena keluar atau turun bawah pergi ke cafe diaorg..okay. SODEHHH


Heheheh kali ni my husband yang uruskan check in. Tuan Puteri tido berdengkur atas pangku..so encik suami yang pergi check in. Mula-mula okay lagi. Aik kenapa lama sangat ni check in. Sebab hotel kami dah bayar sebulan awal. Bayar habis okay..kenapa lama sangat ni. Saya dalam kereta dah tk best dah ni. Hampir 1 jam 30 minit check in. Tak kan lama sangat. 

Aduihh rupa-rupanya adalah masalah dkt kaunter. Encik suami beritahu saya receptionist india dekat kaunter tu pandang bulu. Bulu apa yang dia pandang aku pun tak tahu. Encik suami cakap..dia faham bila minah india tu cakap "wait a moment sir". Memang dia tunggu. Tapi maslahnya bila bangsa cina datang..dia layan. dia sabar lagi. Kemudian bangsa Mat Salleh dtg dia layan. Imaginekan...hehehe..dia dah duk tepi. Encik Suami ni tahu jer la...kepala angin. Tapi kalau aku pun angin jugakkan. Kau ckp wait a moment...tapi org lain kau layan. Mentang-mentang kitaorg booking dkt booking.com dan dia kena cari rekod tu...yang lain tu mungkin belum bayar lagi ..booking melalui hotel sendiri..mungkin sebab tu diaorg layan. What the FISH kan kan...teruk betul. Husband aku siap beritahu nama pelayan kaunter tu "MALA".

Okay kita lupakan bad memory tu...yer ke lupa? hahhaah..aku ingat lagi ni

Then sebuah kaunter khas dibuka khusus untuk Encik Suami. Paling best tiada cash deposit diaorg mintak walaupun ikut procedure memang diaorg akan minta RM100. Hehehehe..Aku dah agak dah kalau encik suami naik angin semua org akan terkedu sekejap.

Kitaorg dapat tingkat 27. Ikut kiraan sebenarnya kami tingkat 19. Tapi mungkin diaorg start angka 7. Huhuhuhuhu.... Lift tak de nombor 1-6 okay..so jgn jakun... (aku dh jakun)..swimming pool tingkat 7.


Bilik kami...ada balcony. View superb!! sangat cantikkk!!!...... 2 double bed okay. Satu katil Humaira dan satu lagi ibu ayah..okay syg...


Ha ni bilik air...Ini paling terbaik lah..aku suka ni...kitaorg berendam..lebioh lebih lagi di musim sejuk dkt atas ni dengan hujan bagai.

Masuk bilik cepat-cepat mandikan Tuan puteri. Tukar baju dengan pampers yang harum wangi tue hehehe sbb kitaorg dah lambat ni nk tgk show Iluminate. Apa pun...pukul 3.40pm baru keluar hotel terus naik genting. Dahla tak tahu dekat mana Arena of Star. Main redah jer. berpusing-pusing... akhirnya pukul 4.20 pm baru sampai dkt tempat show. Huhuhu..Encik Suami biasalah bebel....marah-marah aku ckp kenapa tak chek dkt mana...Ha masa ni aku dah bengang dah..tapi sabar jer...jalan laju-laju..heheheh yer lah..dia kena dukung Tuan Puteri kan naik bukit turun bukit..naik esculator lagi..punyer la byk esculator..mana dia tk bengang..hehehehehee....

Disebabkan kami lambat...sepatutnya seat kami dibelakang sekali...tapi bagus la Management diaorg...diaorg letak kami dekat Seat petama selepas VIP seat. Huhuhuhuhhu...sbb kami lambatkan..jadi nk bagi kami puas hati dengan show tu dan bersesuaian dengan harga yang dibayar dan ditambah pula ada 2 seat kosong...diaorg bagi seat pertama...

Antara aksi-aksi penari-penari iluminate. Apa pun THE BESTTT.... hehehe







Okay show time habissss......knp rasa nk kiss je hubby waktu ni..adakah nampk ensem apa nie..hahahahhaa


Sebaik sahaja habis show kami turun jalan-jalan dekat atas genting tu. Hahahahah paling best anak aku..aduihh hai..siap bercermin mata bagai...Dia kata cermin mata dia..padahal cermin mata ayah dia...aduihh malu aku..anak aku ni kuat bergaya huhu padahal dia selsema tu..tk berapa nk sihat tu..huhuhuhuhu

Disebabkan tekak anak aku merah-merah...aku ckp dgn Encik hubby..bie...beli merah aiskrim bagi hilang merah ehehehehe...



 Haa tgk ni huhuhu anak dara I..aduh duh duh duh......

Then selepas makan aiskrim bagai..kami pun turun ke hotel. Itupun hari hendak hujan dan kabus makin tebal. Tak percaya?!! Hehehe ha tgk kami singgah dkt lereng gunung ni ambik gambar together...


Malam tu kami tak keluar pergi mana-mana cuma duduk bilik sahaja.... sebab :-

1. anak dara nak tido
2. anak dara belum btl-btl baik demam
3. mak dara nk demam, tekak dah sakit
4. pak teruna nampak letih dan pening kepala....

Sebelum masuk bilik kami check in kedai runcit dkt hotel tu..apa lagi..beli meggi cup untuk tambahan tenaga di mlm hari kalau lapar la kan kan kan....

Gambar ihsan dari google....harga barang dekat kedai runcit agak mahal okay..huhuhuhuhuh

Memang betul pun..bila anak dara dah tido...tgh mlm imaginekan pukul 12.30mlm perut kitaorg bunyi..walaupun ptg dah makan bekalan ... krup krap krup krap..mungkin sebab cuaca sejuk krrrr krrr... di tepi balcony yg sejuk lg dingin..kami berdua buka meggi..aku isi air panas...kami makan yum yum...

ok..setakat ini sahaja di hari pertama...bye bye..sambung hari kedua..nnti