Last Forever ever...

Last Forever ever...

Wednesday 4 February 2015

Langkawi (Part 4) Resort World Langkawi

Haiii...Selamat Pagi Semuaa...

Ok..untuk pagi ni I nak sambung kembali my review tentang hotel ni. Sebelum tu kita layan dulu bilik hotel ni. Zasss......

Ha ni bilik ngadap laut..actually ni bukan bilik aku hehehe.. I'm taking this picture from google. My room picture still in my husband camera. Penat je aku poing dlm bilik tu..husband aku tk forward pun gambar tu dekat aku...huhuhuhu well dia kursus lg kali ni...so confirm tk sempat transfer gambar aku posing baik tu dlm ni...

My room actually is facing with garden level 4. There has a balcony. Balcony tu penting sebab untuk memudahkan husband aku hisap rokok...hehehe

Bilik di Resort World ni, perabot masih perabot lama. Tetapi tv sahaja yg diaorg ganti dah guna flat screen dah. Memandangkan bilik aku ni garden view, so jauh sikit perjalanan daripada lobby tu. Jenuh juga nak sampai. Bayangkan anak dara aku yang kuat berjalan tu pun dah tak larat. terpaksa tumpang porter yang hantar barang kitaorg tu ke bilik. Siap naik troly beg yg besar tu. hehehe..

Bila buka pintu bilik..awesome jugaklah kan. Sebab kali ni bilik hotel yang kami menginap different sikit. Tak pernah-pernah dalam bilik hotel ada sinki. Sinki selalunya sinki dekat dalam bilik air. Tetapi yang ni tidak. Hehehe

Nampak ni..sebelum masuk bilik..betul-betul blkg pintu masuk bilik ada pantry. Kelass kau jahhh..hehehe tp best sinki la untuk ibu mcm aku ni yang anak minum susu botol senang..nk basuh..buat susu..letak termos pansa dan sebagainya. Ha meggi dengan roti tu jgn salah anggap plak..hehehe itu makanan kitaorg pada hari kedua hehehehehe...maklumlah kenala budget budget jugak kan kan...

ha tengok ni aksi anak dara hehehehe..atas katil..tu katil kitaorg yang dah mcm belacan. Actually ini gambar hari ke 2 hehehe..tapi sebab nk jugak tunjukkan katil tu..aku tunjuk jugak...

Ok..setakat tu jer review untuk bilik. Jom kita tengok persekitaran hotel.

Ini bahagian belakang hotel mengadap laut. Superb!! Sangat cantik. walaupun masa masuk gerbang hotel ni rasa mcm hotel lama tetapi ada keunikan tersendiri. Hotel ini ala-ala mediterranian. Aku rasa mcm dkt mexico pun ada. Dah la tu dengan mat salleh byk duk sini lagi aku rasa mcm oversea jer. Hhehehe perasan lebih kau jahh...

Ini gambar berdekatan dengan cafe hotel. Dekat sini adalah tempat untuk bersarapan dan sewaktu dengannya. Menu?!!! Jangan tak tahu..menu sangat BANYAKKKK!!!! Banyak giler.. Cakap jer nak apa..semua ada..dari roti, pastry, makanan melayu, makanan india, chinese, porridge..semua ada, yogurt..slurpp!!..musli..oat, bijirin, fruits..byk laaa...name it!! semua ada..thumbs up. Since aku duduk sini 3 hari 2 malam so, setiap hari menu bertukar tetapi kepelbagaian tu semua ada. Memang puas hatilah!!

Pemandangan berdekatan dengan cafe. Pergh sambil minum pagi sambil melihat keindahan alam..huhuhuhuhu kan aku ckp mcm dkt oversea.

Ha nampak tu..ni bahagian belakang hotel. Siap ada rumah api. Sangat cantik.
Ha tengok..aku breakfast sambil tgk husband aku melayan anak aku. Cantikkan pemandangan..brp byk cantik dahh..hehehe....

Yang ni pulak adalah salah satu perkhidmatan hotel ni. Iaitu perkhidmatan jet ski, island hopping, boat ride, mangrove tour, sunset cruise dan mcm2 la lagi. Aku dengan husband kitaorg ambil package Island hopping. Bawa anak dara naik bot. Lepas tu kitaorg nk mandi manda dekat tasik dayang bunting dengan pantai beras basah. Kira ok la tue. Satu kepala dewasa RM45. Hehehe terbang RM90. Duit lov lov lagikk..hehehe nangis darah dia hehehehee..

Hahaha again my daughter jadi model. Kikikikiki... Ni kawasan booking service yang aku ckp atas tadi.

Actually dekat hotel ni ada jugak spa. Spa dia berbaloi jugak lah. aku ada jugak hajat nak pergi, tetapi memandangkan aku baru jer pergi dekat Sutra Maya spa tu buat bekam Seri Muka, tak jadilah. Nanti membazir plak. Lain la kalau lov lov nnk support yg tu jugak kan kan kan. Confirm aku ambik. hehehehe

Inilah gambar keseluruhan hotel ni daripada belakang. Ambil atas boat. Kitaorg baru balik daripada island hopping. Hehehehe cantikk...air pun cantik...

So bila korang dah tengok hotel ni, apa pandangan you alls? Hehehe bagi aku, Room Service 4 bintang, Pemandangan 5 bintang, Makanan 5 bintang, persekitaran 3 bintang (perlu diperbaiki landscap dia especially pintu masuk), average 4 bintang lah. Memang itu bintang hotel ni pun. Hehehehe...

Ok bye bye...cukuplah. Tapi kalau anda semua inginkan sesuatu kelainan, sila ke hotel ni. Sebab lain dari yang lain. Tak de la sama jer kan dengan hotel hotel yang kitaorg pergi. Setiap hotel ada keunikan tersendiri. Keunikan hotel ini adalah seni binanya.

1 comment:

  1. mahalnya rm45 sorg... bkn selalu plg mahal pun rm 35 ja ke? bilik ada bath tub x?

    ReplyDelete