Last Forever ever...

Last Forever ever...

Tuesday 3 March 2015

Happy Chinese New Year - Review Hotel 11@Century Johor

Hai...

Hari ni Humaira demam. so nk balik awal. Tapi sebelum balik, tiba-tiba teringat ada cerita yang belum dikemas kini dalam ni.

Raya Cina batu-baru ni, lov lov cakap nk pergi Johor, tapi nnti dia fikir lg. So Aku tk dela nak booking bilik hotel kan. Dia cakap tk yah booking sbb nak balik hari kalau pergi. Huhuhuhu...so kita dengar je la pandaangan lov lov tu. Nanti tak dengar derhaka plak...kan kan..

Khamis petang lov lov kata ok jom lah kita pergi johor esok, gerak pukul 9.00 pagi. Bila dia ckp je mcm tu, aku pun mula google. Manalah tahu kot-kot nk tido sana kan.. well bila google, mana ada hotel lg dah..semuanya hotel penuh.

Hotel yang ada area johor baru,. Kitaorg nk pergi Kluang jer pun hehehehe... Tanya lov lov lg, hotel apa nk book in case kita nk tido. Dia ckp ala tk yah mahal-mahal..biasa-biasa je. Kita bukan nk pergi bercuti. Kita nk pergi jalan-jalan raya rumah kawan dia dkt Kluang jer.

Huihhh, apakah ini.. huhuhuhu

Oklah..since dia ckp mcm tu, akhirnya aku berjaya dapat hotel 11@ Century. Betul-betul berdekatan dengan KLS. Harga satu malam RM165 nett. Okla tu kalau takat nk tido satu malam kan.

Well parking lot dia terhad sangat. Tapi ada area parking disebelah kanan- kawasan tanah lapang jalan merah. Hanya pagar kawat biasa jer.

Bayangkan kitaorg dah la penat berhari raya Cina di rumah kawan lov lov di Kluang dari tghari sampai pukul 4pm, letih lagi, panaskan..Humairah plak biasalah manja-manja ngada-ngada..so aku ckp lov lov parking la depan hotel ni kawasan VVIP tu hehehehehe...

Aku tanya guard depan tu boleh tak parking situ? Pak cik tu ckp..boleh tapi kena byr RM10. Lov Lov RM10 kena byar, hehehe so diaa ckp ok la RM10 hehehe bolehla..kita pun ala-ala VVIP jugak kan..hehehe ala bie..Civic je pun hehehee kalau Mercz ke BMW ke ok la jugak hehehehe...aaa VVIP la tue..

Ada kisah lawak dekat kaunter check in. Hahaha aku sampai-sampai jer..tiba-tiba mamat tu ckp ok Puan ni kunci bilik Puan, satu level 2 dan satu lagi level 6. Aku tercengang-cengang. Eh knp sampai 2 kunci? Aik mcm mana awak tahu saya dah sampai. Tiba-tiba jer terus bg kunci. Power servis hotel ni. Tak sangka hotel 3 bintang power servis dia, mcm dukun pun ada boleh tahu siapa yang dtg. heheheheh...

Aku ckp lagi, mmm sy booking 1 bilik jer. Knp bg sampai 2 kunci. hehehe..tiba-tiba adik recep perempuan tu  ckp, Puan nk check in yer. Hehehehe diaorg gelak. Yang lelaki tu cover malu-malu. Dah la muka confidentnye bg kunci. Hhehehe adoii hai.

So, bilik aku tingkat 9 bilik nombor 916.


Ni laluan ke bilik..okla tenang. Cuma lif dia sempit sikit. Hehehehe kalau badan mcm aku ni boleh la masuk dalam 5 org jer. Hehehehehehe...



Cengginila rupanya bilik dia. Tapi ni gambar aku ambil dari google. Ni katil single ni tapi disebabkan aku nk gambaran yang lebih kurang aku tibai je gambar katil nie. Katil bilik deluxe adalah Queen sahaja atau twin sharing. Bilik kami queen jer. Buka pintu bilik jer dlm selangkah terus katil. Imaginekan sempit tk sempitnyer bilik ni. Tapi kira oklah sbb bilik ni harga kedua murah antara bilik yang ada.

Tv pun flat screen. Ada wardrobe, ada slipper, ada peti keselamatan, pembancuh kopi, air panas, cawan dan benda-benda biasalah. Kira berbaloi jugakla untuk harga RM165 kan. Mau apa lg kan kan..dah la cuti sekolah dan ditgh-tgh bandar ni. okla tuee..


Ini bathroom dia, hehehe separate dgn mangkuk tandas. Ok. Ada tuala mandi, berus gigi, ubat gigi, shower cap, shamppoo, shower foam.

Bagi aku, lain-lain biasa jer lah bilik hotel. Aircond ada..hehehehe

Cuma yang tk bestnyer ialah masa sarapan. Fuihh ramai gile org... tk menang tgn pekerja diaorg untuk uruskan meja lagi, uruskan pinggan mangkuk yang dah digunakan. Kemudian, makanan pun byk yang dh habis. Lambat refill. Pinggan mangkuk yg bersih tk der. Mmm..lebih kurang 5 minit jugakla tunggu untuk pinggan magkuk dan cawan bersih sampai. Ada makanan yang diaorg tk refill pun. Mmm tk berapa best la kan. Dah ko byr RM165, so ko nk servis mkn tip top ke? hahahha..tk de la..cuma imaginekan ynag bayar bilik harga RM500 hehehehe sbb dkt sini ada suite..imaginekan..hahahhahaa giler tk maki. Kalau aku byr bilik harga tu, confirm aku dah buat complan dekat kaunter dia.

apa pun, hotel ini ok jer...boleh la..bersih, kemas, ada tunjuk arah kiblat. Cuma ruang untuk solat sempit so aku solat atas katil jer...hehehehe...

Lepas breakfast, kitaorg pun check out terus balik ke melaka. Sebab ahad, lov lov nk balik ke Pahang untuk meneruskan kursusnya semula..heheheh..cian Humaira baru merasa manja dgn ayah, ayah dah balik..

Tak per lah nak, bulan 6 ayah tk kursus. Kalau boss ayah hantar ayah kursus lg, ibu fired bos ayah tu..boleh? hehehehehe....

ok..Bye bye---



Humaira lambai tgn nak.."ADIOS"!! hehehehe..good good..


Tu tgk tu beg..belikan kawasan free duty JB mlm tadi..hehehe..tu yg disandang ke hulu hilir..


Nak balik, jam dah 12 tghari ...nak pick up Humaira yang tgh demam tu then nk cooking utk ayah..hehehe pagi td tk sempat nk ooking sblm pg keje sbb humaira berkepit.

Tata titi tutut tutututu....


Begitulah percutian pendek dan tidak terancang...heheheheh..2 beg kecik jer..satu beg humaira, satu beg ibu ayah, satu raga susu humaira dgn makanan dia...hehehehe..simple...

BYE.

No comments:

Post a Comment