Last Forever ever...

Last Forever ever...

Sunday 14 June 2015

Genting Awana Resort- Genting Highland - Part 1

Hi hi...Assalammualaikum w.b.t.

hi everyone ! Good Morning!!

Semoga hari ni ceria-ceria selalu...

Ok memandangkan cuti sekolah telah pun berakhir, aku ingin share sedikit dengan percutian yang terancang kami sebulan yang lalu. Percutian yang huhuhuhu pada aku percutian yang penat, lapar tapi menyeronokkan jugalah.

Pada awalnya kami ingin menginap di Colmart Tropicale hotel tapi setelah dipertimbangkan dari banyak sudut dan sebagainya, aku batalkan penginapan di Colmart. Antara sebab-sebab aku membatalkan penginapan di sana adalah:-

1. Layanan pegawai pelanggan mereka sendiri failed especially bila aku katakan aku hendak celebrate anniversary kami yang ke -3  jadi kami inginkan bilik yang lebih baik pemandangannya dengan deco yang menarik; Jawapan adalah: subject to availability. Padahal aku booked untk 4 hari 3 malam. Sepatutnya bagilah priority. Tak kisahlah saya banyak songel atau tak sepanjang booking tu kan kan kan...dah bayar mahal mahal kan. 

2. Tempat makan terhad. Makanan yang penyediaannya halal dan ingredients yang halal hanya di main kitchen dan bakery sahaja

3. Jalan yang berbeli-belit mcm ular sawa dan penyelenggaraan jalan yang tk berapa bagus

4. Makanan mahal. Giler apa sekali mkn beratus ringgit (baca blog org lain)

Itu sahaja kot. Kikikiki. So tukar percutian ke Awana Genting Resort.

5 hari sebelum tu aku telah book Iluminate show. heheheh Kenapa beli tiket ni sebab dkt Genting skrg ni tk best sbb outdoor game sedang renovate okay.

Pagi tu kami merangkak ke Genting Highland dalam pukul 11 pagi. Hasil daripada siasatan yang dilakukan hehehehe baca blog org makanan mahal dkt Genting so malam sebelum bertolak tu aku rebus ketupat dan buat kuah kacang. So pagi bertolak aku cuma masak ayam masak merah dengan ayam kicap untuk Tuan Puteri.

Settle semuanya barulah pergi ke Genting. Sebelum sampai Genting kami singgah dahulu ke PPUM lawat biras aku yang sedang sakit. Operation penukaran injap jantung. 

Aku nak letak gambar lawatan tetapi demi menjaga aurat biras..saya cancel. hehehehe..tak baik org dalam keadaan sakit kita masukkan gambar. Melanggar etika adab-adab melawat pesakit.

Dalam jam 2 petang kami terus bertolak ke Genting. Walaupun perjalanan tak jauh tetapi kenapa yer sampai lambat, Ntahlah. Dahla show pukul 4 petang.


Cengginilah rupa hotel tu kalau dari jauh. Rasa teruja juga bila sampaikan. Aku beli bilik melalui booking.com dengan harga RM158 satu malam. Untuk 3 hari 2 malam RM370 termasuk GST. Mana service tax? kikiki ha ni istimewa sikit ...ni bukan sbb dah ada enforcement GST tak bermakna hotel tak boleh ambil service tax...sebab diaorg kan provide service kan.... sebab memang TIDAK ADA service pun...huhuhuh tk der ROOM SERVICE. Means kalau nak melantak kena keluar atau turun bawah pergi ke cafe diaorg..okay. SODEHHH


Heheheh kali ni my husband yang uruskan check in. Tuan Puteri tido berdengkur atas pangku..so encik suami yang pergi check in. Mula-mula okay lagi. Aik kenapa lama sangat ni check in. Sebab hotel kami dah bayar sebulan awal. Bayar habis okay..kenapa lama sangat ni. Saya dalam kereta dah tk best dah ni. Hampir 1 jam 30 minit check in. Tak kan lama sangat. 

Aduihh rupa-rupanya adalah masalah dkt kaunter. Encik suami beritahu saya receptionist india dekat kaunter tu pandang bulu. Bulu apa yang dia pandang aku pun tak tahu. Encik suami cakap..dia faham bila minah india tu cakap "wait a moment sir". Memang dia tunggu. Tapi maslahnya bila bangsa cina datang..dia layan. dia sabar lagi. Kemudian bangsa Mat Salleh dtg dia layan. Imaginekan...hehehe..dia dah duk tepi. Encik Suami ni tahu jer la...kepala angin. Tapi kalau aku pun angin jugakkan. Kau ckp wait a moment...tapi org lain kau layan. Mentang-mentang kitaorg booking dkt booking.com dan dia kena cari rekod tu...yang lain tu mungkin belum bayar lagi ..booking melalui hotel sendiri..mungkin sebab tu diaorg layan. What the FISH kan kan...teruk betul. Husband aku siap beritahu nama pelayan kaunter tu "MALA".

Okay kita lupakan bad memory tu...yer ke lupa? hahhaah..aku ingat lagi ni

Then sebuah kaunter khas dibuka khusus untuk Encik Suami. Paling best tiada cash deposit diaorg mintak walaupun ikut procedure memang diaorg akan minta RM100. Hehehehe..Aku dah agak dah kalau encik suami naik angin semua org akan terkedu sekejap.

Kitaorg dapat tingkat 27. Ikut kiraan sebenarnya kami tingkat 19. Tapi mungkin diaorg start angka 7. Huhuhuhuhu.... Lift tak de nombor 1-6 okay..so jgn jakun... (aku dh jakun)..swimming pool tingkat 7.


Bilik kami...ada balcony. View superb!! sangat cantikkk!!!...... 2 double bed okay. Satu katil Humaira dan satu lagi ibu ayah..okay syg...


Ha ni bilik air...Ini paling terbaik lah..aku suka ni...kitaorg berendam..lebioh lebih lagi di musim sejuk dkt atas ni dengan hujan bagai.

Masuk bilik cepat-cepat mandikan Tuan puteri. Tukar baju dengan pampers yang harum wangi tue hehehe sbb kitaorg dah lambat ni nk tgk show Iluminate. Apa pun...pukul 3.40pm baru keluar hotel terus naik genting. Dahla tak tahu dekat mana Arena of Star. Main redah jer. berpusing-pusing... akhirnya pukul 4.20 pm baru sampai dkt tempat show. Huhuhu..Encik Suami biasalah bebel....marah-marah aku ckp kenapa tak chek dkt mana...Ha masa ni aku dah bengang dah..tapi sabar jer...jalan laju-laju..heheheh yer lah..dia kena dukung Tuan Puteri kan naik bukit turun bukit..naik esculator lagi..punyer la byk esculator..mana dia tk bengang..hehehehehee....

Disebabkan kami lambat...sepatutnya seat kami dibelakang sekali...tapi bagus la Management diaorg...diaorg letak kami dekat Seat petama selepas VIP seat. Huhuhuhuhhu...sbb kami lambatkan..jadi nk bagi kami puas hati dengan show tu dan bersesuaian dengan harga yang dibayar dan ditambah pula ada 2 seat kosong...diaorg bagi seat pertama...

Antara aksi-aksi penari-penari iluminate. Apa pun THE BESTTT.... hehehe







Okay show time habissss......knp rasa nk kiss je hubby waktu ni..adakah nampk ensem apa nie..hahahahhaa


Sebaik sahaja habis show kami turun jalan-jalan dekat atas genting tu. Hahahahah paling best anak aku..aduihh hai..siap bercermin mata bagai...Dia kata cermin mata dia..padahal cermin mata ayah dia...aduihh malu aku..anak aku ni kuat bergaya huhu padahal dia selsema tu..tk berapa nk sihat tu..huhuhuhuhu

Disebabkan tekak anak aku merah-merah...aku ckp dgn Encik hubby..bie...beli merah aiskrim bagi hilang merah ehehehehe...



 Haa tgk ni huhuhu anak dara I..aduh duh duh duh......

Then selepas makan aiskrim bagai..kami pun turun ke hotel. Itupun hari hendak hujan dan kabus makin tebal. Tak percaya?!! Hehehe ha tgk kami singgah dkt lereng gunung ni ambik gambar together...


Malam tu kami tak keluar pergi mana-mana cuma duduk bilik sahaja.... sebab :-

1. anak dara nak tido
2. anak dara belum btl-btl baik demam
3. mak dara nk demam, tekak dah sakit
4. pak teruna nampak letih dan pening kepala....

Sebelum masuk bilik kami check in kedai runcit dkt hotel tu..apa lagi..beli meggi cup untuk tambahan tenaga di mlm hari kalau lapar la kan kan kan....

Gambar ihsan dari google....harga barang dekat kedai runcit agak mahal okay..huhuhuhuhuh

Memang betul pun..bila anak dara dah tido...tgh mlm imaginekan pukul 12.30mlm perut kitaorg bunyi..walaupun ptg dah makan bekalan ... krup krap krup krap..mungkin sebab cuaca sejuk krrrr krrr... di tepi balcony yg sejuk lg dingin..kami berdua buka meggi..aku isi air panas...kami makan yum yum...

ok..setakat ini sahaja di hari pertama...bye bye..sambung hari kedua..nnti

1 comment: